Imam Mahdi: Pemimpin Akhir Zaman  

Posted by Budak Milo in

Aku berminat untuk berkongsi cerita tentang Imam Mahdi yang aku copy and paste dari emel lepas aku subscribe kat satu page ni..artikel ni dalam bahasa indon, tp tak la pekat sgt indonnye..masih boleh difahami..

Ringkasan Mengenai Imam Mahdi


Untuk memudahkan pemahaman dan pengajian mengenai aspek-aspek penting Imam Mahdi, berikut ini diperturunkan ringkasan mengenai beliau, berdasarkan hadis-hadis yang telah disebutkan terdahulu dan juga daripada penulisan ulama yang mengkaji tentang Imam Mahdi secara tepat. Hal ini dilakukan oleh beberapa orang ulama dahulu dan sekarang, dengan tujuan menjadikan pembacaan lebih pantas, terutama untuk memahami beberapa perkara ang agak sulit untuk difahami sebelumnya. Dalam hal ini, penulis lebih banyak menggunakan pendapat sendiri iaitu hasil apa yang difahami daripada hadis-hadis yang telah dikaji dan diteliti. Namun, dasarnya adalah diambil daripada pendapat penulis lain yang telah sedia mendahului.

Keturunan Imam Mahdi


Beliau adalah salah seorang Ahlulbait yang datang dari keturunan Rasulullah SAW, seperti yang disebutkan dan diakui oleh baginda SAW sendiri, iaitu melalui anaknya Sayidatina Siti Fatimah az-Zahra RA, dengan suaminya Sayidina Ali KMW, melalui anak mereka Sayidina Husain dan Sayidina Hasan RA. Kemudian dari keturunan kedua-duanya bercampur lagi dengan keturunan Sayidina Abbas RA, bapa saudara Rasulullah SAW. Dari salasilah pula, nyatalah lebih berat keturunannya kepada Sayidina Husain daripada Sayidina Hasan RA. Oleh itu, lazimlah disebutkan oleh sekalian umat Islam bahawa Imam Mahdi itu adalah dari anak cucu Sayidina Husain RA sahaja.

Ringkasnya Imam Mahdi adalah seorang yang berketurunan Arab, dari suku Quraisy, dari puak Bani Hasyim, dari pencar Nabi Muhammad SAW, dari anak cucu Sayidina Ali KMW yang dipanggil Alawiyin, dari Bani Husaini. Beliau adalah semulia-mulia dan sebaik-baik Ahlulbait, iaitu yang terdapat pada akhir zaman ini. Kelebihan ini sudah dinyatakan secara terang-terangan oleh baginda SAW sendiri.

Nama Imam Mahdi adalah nama yang sama dengan nama Rasulullah SAW iaitu Muhammad dan Ahmad. Itulah nama yang dipersetujui oleh seluruh ulama Ahlus Sunnah wal Jamaah, berlawanan dengan Syiah. Maksudnya, nama Imam Mahdi itu adalah kedua-dua nama itu iaitu Muhammad dan Ahmad. Cuma yang lebih dominan dan dikenali ramai di atas muka bumi ini adalah Muhammad, manakala Ahmad itu adalah namanya yang dominan di langit sana. Nama bapanya adalah Abdullah, iaitu serupa dengan nama bapa Rasulullah SAW. Kuniyahnya seperti yang disebutkan oleh hadis adalah Abu Abdillah. Selain itu, beliau juga mempunyai beberapa kuniyah yang lain, yang sesuai dengan kedudukan dan kemuliaan dirinya. Dan sesuai pula dengan tempat lahirnya yang jauh daripada Tanah Arab itu kerana nenek moyangnya merantau berdakwah ke tempat orang.

Beliau adalah seorang tokoh yang amat dikenali oleh seluruh manusia di seluruh dunia, sejak dari zaman Nabi Musa AS lagi, hinggalah ke hari ini. Gelaran beliau sudah pun disebutkan di dalam Kitab Taurat. Nama Imam Mahdi itu sendiri mengundang pelbagai persoalan dan polemik yang sentiasa menggoncangkan agama-agama besar di seluruh dunia, tidak terkecuali agama kita, Islam.

Bersambung: Sifat- Sifat Peribadinya.

Sharing is Caring  

Posted by Budak Milo in

Artikel ni aku copy dari emel aku..tah sapa yang anta..apa pun ia memang menarik untuk dikongsikan bersama..


Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah: “Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil.” Antara ‘barangan mereka’ yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam. tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.

3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat, contohnya coke dan maggi. Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi). Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.

6. Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Mungkin ada sesetengah emel yang kita ignore kerana kesahihannya diragui, tapi saya sebenarnya dah lama sedar tentang ini. Sebenarnya orang yahudi sangat menjaga pemakanan mereka. Mereka makan makanan yang sihat, halal dan penuh kebaikan contohnya minyak zaitun, buah delima, anggur, daging kambing, susu kambing…. dan lagi satu perkara rupanya kopi tu juga minuman kegemaran mereka rupanya…tapi kopi yang mcm mana ek?

Lagi satu tentang makan organ dalaman haiwan….sebenarnya memang tak baik utk kesihatan. Untuk menambah kepekatan darah, makan lah buah delima. Begitu juga dengan susu kambing yang memang lebih baik dari susu lembu. Orang yahudi menjual susu lembu untk dunia tetapi memberi rakyatnya minum susu kambing. Sebenarnya banyak pembohongan yang dilakukan ke atas ummat islam. Kita sangat malas untuk menyelidik dan mengkaji. Itulah kelemahan kita. Kita sangat kolot dan suka mengikut-ngikut sahaja. Buka minda dan fikirkan sedalam-dalamnya….pasti anda akan dapat menerimanya..

Persoalan: Benarkah Bumi Mengelilingi Matahari??  

Posted by Budak Milo in

Dah lama sebenarnya aku nak menulis tentang ni sebab memang dah lama sungguh terbuku di benak kapala otak aku yang ta seberapa ni..sejak dari sekolah menengah lagi..cuma waktu tu sumber rujukan yang ada begitu terhad..maklumlah, sekolah aku waktu tu dhaif amat (maaf terkutuk)..jadi tersimpanlah persoalan tu di benak kepala otakku yang memang tak seberapa ni..

Para ilmuan islam sebenarnya bercanggah pendapat tentang perkara ni..masing2 menggunakan hujah dan nas dari al-Quran dan Hadis serta teori dan eksperimen termasuk imej2 satelit (aku memang meragui imej2 satelit ni sebb teknologi ni bkn org islam yg punya) dalam menyatakn pendapat..jadi tinggallah ia satu persoalan yg bagi aku hanya Allah saja yg tahu..

"Dan matahari itu berjalan (bergerak) di tempat ketetapan baginya, yang demikian itu ketetapan Allah Yang Maha Gagah dan Maha Mengetahui" Yaasin : 38

Kenyataan tentang bumi mengelilingi matahari dan matahari statik di tempatnya sendiri memang sudah sebati bagi kita yang dilahirkan di abad ke 20. Benarkah bumi mengelilingi matahari. Kita percaya seratus peratus kerana ia adalah pendapat sains kerana sains membuktikan teorinya itu dengan gambar dari satelit dan disokong pula oleh pendapat majoriti ahli sains diseluruh dunia.

Kalau kita meneliti ayat 38 Surah Yaasin jelas menunjukkan bahawa matahari itu berputar dan berjalan. Tetapi untuk menolak teori bumi mengelilingi matahari adalah terlalu sukar. Sukar kerana kita tidak ada teknologi untuk membuktikan teori mereka salah. Itu adalah masalah yang sebenar. Mereka dakwa mereka merakam pergerakan bumi mengelilingi matahari. Kita nak bantah dengan apa ??? Siapa nak percaya ??? Tanpa bukti ?? Walaupun gambar atau rakaman tadi boleh direka-reka spt dalam filem, semua boleh buat !!!

Manakah yang benar ?

Sejak 2500 tahun yang lalu PYGRUSR melahirkan pendapat bahawa bumi mengelilingi matahari. Kemudian pendapat ini telah dibatalkan oleh ISKANDAR PTOLEMY pada tahun 150 Masehi berpandukan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Menurut ajaran Islam, matahari mengelilingi bumi. Pendapat ini telah diterimapakai selama lebih kurang 12 abad tanpa sebarang bantahan. Sekitar abad ke 14 Masehi, muncul COPERNICUS NICOLAUS seorang tokoh Gereja membangkitkan kembali teori PYGRUSR tadi. Namun pendapat ini hanya mendapat sokongan sekitar abad ke 16 apabila ia disokong oleh YOHANES KEPLER.

Ironiknya, setelah pendapat matahari mengelilingi bumi diterimapakai selama 12 abad tanpa sebarang bantahan, muncul kembali teori lama dan lapuk bumi mengelilingi matahari oleh seorang tokoh gereja. Mungkin anda faham !! Sebagaimana yang kita tahu sekitar abad ke 14 itulah kuasa-kuasa Kristian - Eropah berlumba-lumba untuk menjajah dan menghacurkan Islam serta menyebarkan agama Kristian. Tentu anda masih ingat tentang motto Portugis misalanya (3G - Glory, Gospel, Gold). Jadi, ini adalah usaha mereka untuk membuktikan al-Quran itu salah dan Kristian itu benar.


Artikel kat atas ni dipetik dari sini..artikel ini sedang menyatakan bahawa matahari mengelilingi bumi adalah suatu fakta..

Berdasarkan pembacaan aku dari buku2 dan artikel, Orang2 yang berpegang kepada fakta (baca: ajaran) "Bumi berputar mengelilingi matahari" biasanya akan membuktikan dengan eksperimen (macam eksperimen waktu sekolah rendah dulu) teori2 saintis..

Orang2 yang berpegang kepada fakta (sekali lagi baca: ajaran) "Matahari mengelilingi Bumi" biasanya akan menggunakan nas2 al-Quran seperti berikut:

1."Dan menundukkan matahari dan bulan. Masing2 beredar hingga masa ditentukan." (surah ar-ra'd)

2."Dan ia yang menundukkan (pula) bagimu matahari dan bulan yang terus menerus beredar (dalam orbitnya)." (Surah Ibrahim)

3."Dan ia menundukkan malam dan siang, matahari dan bulan untukmu." (Surah An Nahl)

4."Ia tundukkan matahari dan bulan masing masing berjalan sampai kepada masa yang ditentukan."(Surah LuqmaN)

5."Dan menundukkan matahari dan bulan, masing-masing berjalan menurut masa yanag ditentukan" (Surah Faatir)

6."Dan menundukkan matahari dan bulan, masing-masing berjalan menurut masa yanag ditentukan" (Surah Az Zumar)

7."Dan (diciptakan-Nya pula) matahari, bulan dan bintang2(masing2) tunduk kepada perintahnya." (Surah Al An'am)

Kesemua ayat diatas menerangkan tentang pergerakan bulan matahari dan bintang2..namun tiada pula tentang pergerakan bumi..tapi apa yang diragui di sini bukanlah al-Quran itu, tapi lebih kepada kaedah penafsiran ayat tersebut..

Bagi aku, semua benda ni aku serahkan pada Allah kerana hanya Dialah saja yg lebih mengetahui..kerana untuk mempercayai sepenuhnye teori para saintis moden (yg kebanyakannya atheis), untuk mengatakan gambar satelit yang dikeluarkan NASA adalah benar adalah sesuatu yang tak dapat diterima akal seorang muslim..malah aku sendiri ragu2 yang neil amstrong tu pernah sampai ke bulan..

negara islam sepatutnya mempunyai teknologi sendiri untuk meneroka angkasa lepas dan tidak perlu bergantung kepada kepada teknologi negara kafir (yang mempunyai pelbagai agenda untuk menghancurkan dan melemahkan umat islam) dalam memperoleh maklumat yang amat diragui kebenarannya..

Wallahualam...