Persoalan: Benarkah Bumi Mengelilingi Matahari??  

Posted by Budak Milo in

Dah lama sebenarnya aku nak menulis tentang ni sebab memang dah lama sungguh terbuku di benak kapala otak aku yang ta seberapa ni..sejak dari sekolah menengah lagi..cuma waktu tu sumber rujukan yang ada begitu terhad..maklumlah, sekolah aku waktu tu dhaif amat (maaf terkutuk)..jadi tersimpanlah persoalan tu di benak kepala otakku yang memang tak seberapa ni..

Para ilmuan islam sebenarnya bercanggah pendapat tentang perkara ni..masing2 menggunakan hujah dan nas dari al-Quran dan Hadis serta teori dan eksperimen termasuk imej2 satelit (aku memang meragui imej2 satelit ni sebb teknologi ni bkn org islam yg punya) dalam menyatakn pendapat..jadi tinggallah ia satu persoalan yg bagi aku hanya Allah saja yg tahu..

"Dan matahari itu berjalan (bergerak) di tempat ketetapan baginya, yang demikian itu ketetapan Allah Yang Maha Gagah dan Maha Mengetahui" Yaasin : 38

Kenyataan tentang bumi mengelilingi matahari dan matahari statik di tempatnya sendiri memang sudah sebati bagi kita yang dilahirkan di abad ke 20. Benarkah bumi mengelilingi matahari. Kita percaya seratus peratus kerana ia adalah pendapat sains kerana sains membuktikan teorinya itu dengan gambar dari satelit dan disokong pula oleh pendapat majoriti ahli sains diseluruh dunia.

Kalau kita meneliti ayat 38 Surah Yaasin jelas menunjukkan bahawa matahari itu berputar dan berjalan. Tetapi untuk menolak teori bumi mengelilingi matahari adalah terlalu sukar. Sukar kerana kita tidak ada teknologi untuk membuktikan teori mereka salah. Itu adalah masalah yang sebenar. Mereka dakwa mereka merakam pergerakan bumi mengelilingi matahari. Kita nak bantah dengan apa ??? Siapa nak percaya ??? Tanpa bukti ?? Walaupun gambar atau rakaman tadi boleh direka-reka spt dalam filem, semua boleh buat !!!

Manakah yang benar ?

Sejak 2500 tahun yang lalu PYGRUSR melahirkan pendapat bahawa bumi mengelilingi matahari. Kemudian pendapat ini telah dibatalkan oleh ISKANDAR PTOLEMY pada tahun 150 Masehi berpandukan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Menurut ajaran Islam, matahari mengelilingi bumi. Pendapat ini telah diterimapakai selama lebih kurang 12 abad tanpa sebarang bantahan. Sekitar abad ke 14 Masehi, muncul COPERNICUS NICOLAUS seorang tokoh Gereja membangkitkan kembali teori PYGRUSR tadi. Namun pendapat ini hanya mendapat sokongan sekitar abad ke 16 apabila ia disokong oleh YOHANES KEPLER.

Ironiknya, setelah pendapat matahari mengelilingi bumi diterimapakai selama 12 abad tanpa sebarang bantahan, muncul kembali teori lama dan lapuk bumi mengelilingi matahari oleh seorang tokoh gereja. Mungkin anda faham !! Sebagaimana yang kita tahu sekitar abad ke 14 itulah kuasa-kuasa Kristian - Eropah berlumba-lumba untuk menjajah dan menghacurkan Islam serta menyebarkan agama Kristian. Tentu anda masih ingat tentang motto Portugis misalanya (3G - Glory, Gospel, Gold). Jadi, ini adalah usaha mereka untuk membuktikan al-Quran itu salah dan Kristian itu benar.


Artikel kat atas ni dipetik dari sini..artikel ini sedang menyatakan bahawa matahari mengelilingi bumi adalah suatu fakta..

Berdasarkan pembacaan aku dari buku2 dan artikel, Orang2 yang berpegang kepada fakta (baca: ajaran) "Bumi berputar mengelilingi matahari" biasanya akan membuktikan dengan eksperimen (macam eksperimen waktu sekolah rendah dulu) teori2 saintis..

Orang2 yang berpegang kepada fakta (sekali lagi baca: ajaran) "Matahari mengelilingi Bumi" biasanya akan menggunakan nas2 al-Quran seperti berikut:

1."Dan menundukkan matahari dan bulan. Masing2 beredar hingga masa ditentukan." (surah ar-ra'd)

2."Dan ia yang menundukkan (pula) bagimu matahari dan bulan yang terus menerus beredar (dalam orbitnya)." (Surah Ibrahim)

3."Dan ia menundukkan malam dan siang, matahari dan bulan untukmu." (Surah An Nahl)

4."Ia tundukkan matahari dan bulan masing masing berjalan sampai kepada masa yang ditentukan."(Surah LuqmaN)

5."Dan menundukkan matahari dan bulan, masing-masing berjalan menurut masa yanag ditentukan" (Surah Faatir)

6."Dan menundukkan matahari dan bulan, masing-masing berjalan menurut masa yanag ditentukan" (Surah Az Zumar)

7."Dan (diciptakan-Nya pula) matahari, bulan dan bintang2(masing2) tunduk kepada perintahnya." (Surah Al An'am)

Kesemua ayat diatas menerangkan tentang pergerakan bulan matahari dan bintang2..namun tiada pula tentang pergerakan bumi..tapi apa yang diragui di sini bukanlah al-Quran itu, tapi lebih kepada kaedah penafsiran ayat tersebut..

Bagi aku, semua benda ni aku serahkan pada Allah kerana hanya Dialah saja yg lebih mengetahui..kerana untuk mempercayai sepenuhnye teori para saintis moden (yg kebanyakannya atheis), untuk mengatakan gambar satelit yang dikeluarkan NASA adalah benar adalah sesuatu yang tak dapat diterima akal seorang muslim..malah aku sendiri ragu2 yang neil amstrong tu pernah sampai ke bulan..

negara islam sepatutnya mempunyai teknologi sendiri untuk meneroka angkasa lepas dan tidak perlu bergantung kepada kepada teknologi negara kafir (yang mempunyai pelbagai agenda untuk menghancurkan dan melemahkan umat islam) dalam memperoleh maklumat yang amat diragui kebenarannya..

Wallahualam...